IPOH: Pasukan hoki kebangsaan berpesta gol selepas berjaya menumbangkan pasukan Mesir 4-1 di Stadium Hoki Stadium Sultan Azlan Shah di sini, Sabtu malam.
Kemenangan tersebut sedikit sebanyak berjaya memadam episod duka pasukan negara selepas sekadar mencatatkan keputusan seri dan tewas pada perlawanan pembukaan dalam aksi Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) Edisi ke-29 sebelum ini.
Skuad kendalian A. Arul Selvaraj membuktikan mereka dalam kelas tersendiri apabila bijak mengatur rentak dan tidak membuka ruang kepada Mesir untuk mengawal perlawanan sepenuhnya sebelum membuka aksi tersebut dengan gol pembukaan seawal minit ke-12 melalui penyerang muda skuad negara Shello Silverius.
Tersentak dengan keadaan tersebut, Mesir mula mengatur rentak serangan balas ke arah kubu skuad negara dan pada minit ke-23 Mahmoud Mamdouh berjaya menyumbat masuk gol menerusi pukulan sudut penalti.
Speedy Tigers terus mengatur strategi dan mengasak kubu pertahanan Mesir pada suku ketiga perlawanan dan pada minit ke-40 Muhammad Firhan Ashari berjaya meletakkan namanya sebagai penjaring hasil pukulan sudut penalti.
Gawang Mesir bolos buat kali ketiga menerusi Muhammad Amirul Hamizan Azahar pada minit ke-48 hasil gol padang dan Shello Silverius memastikan kemenangan Malaysia apabila menyumbang gol peribadi keduanya dua minit berselang.
Kemenangan itu membolehkan Malaysia mengumpul empat mata dan berada di tempat ketiga di belakang Jepun dengan berbaki satu perlawanan menentang Afrika Selatan yang tertunda akibat hujan lebat pada Jumaat.
Sementara itu, Arul Selvaraj menyatakan beliau yakin anak buahnya mampu menundukkan Afrika Selatan pada perlawanan tertunda Ahad malam dengan misi wajib menang.
"Pemain saya bermain dengan penuh jiwa malam ini walaupun malam ini kita menang dengan gol lewat namun hasilnya kita mengutip tiga mata penuh.
"Mereka juga bermain dengan penuh semangat, percaya pada rakan sepasukan selain mempunyai disiplin yang tinggi dan kita akan ulangi apa yang kita lakukan malam ini pada perlawanan malam esok (Ahad)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 05 2022
Kemenangan itu memadam episod duka pasukan negara selepas sekadar mencatatkan seri dan tewas pada perlawanan pembukaan aksi PSAS Edisi ke-29 sebelum ini. -Malaysian Hockey Confederation
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
"Penyerang ini bertindak bersendirian atau kita sebut sebagai lone wolf. Driven by motivation yang dia faham, sebab dia tak bercampur dengan orang."
Maklumat awal mendapati pelaku bertindak secara bersendirian
Maklumat awal mendapati bahawa pelaku merupakan warganegara Malaysia berusia 21 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau serta melakukan tindakan tersebut secara bersendirian.
#AWANInews
#AWANInews
Henti sebarang spekulasi, beri ruang polis jalankan siasatan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan orang awam supaya menghentikan sebarang spekulasi berhubung kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu dibawa ke mahkamah untuk reman
Tujuh individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.
Adam, pemain termuda Malaysia bagi JWC 2023
Pemain tengah berusia 17 tahun, Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari menjadi pemain termuda dalam pasukan hoki Malaysia untuk cabaran Piala Dunia Remaja (JWC) Lelaki 2023.
Piala Dunia: Perlawanan persahabatan menentang Sepanyol penting - Marhan
Perlawanan persahabatan menentang Sepanyol pada Rabu penting bagi 'Speedy Tigers' dalam usaha menyesuaikan pemain dengan corak permainan berintensiti tinggi.
Arul harap Speedy Tigers kekal momentum untuk atasi Ireland
Skuad hoki lelaki kebangsaan bertekad meneruskan momentum kemenangan untuk mengatasi Ireland pada separuh akhir Kejohanan Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) di Afrika Selatan.
Harimau Malaysia lawan Great Britain untuk tiket Tokyo
Skuad hoki lelaki Malaysia kini siap sedia menghadapi tugas berat dalam usaha untuk melayakkan diri menyertai Tokyo Olympics 2020.